JOHOR BAHRU: Al-Salam REIT dan anak syarikat Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (MRTS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membina sebuah jejantas pejalan kaki bernilai di antara RM10 juta dengan RM15 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata jejantas berhawa dingin sepanjang 42 meter menghubungkan Komtar JBCC dengan jambatan terancang stesen Sistem Transit Rapid (RTS) Link Bukit Chagar itu akan dibuka pada 2027.
"Projek ini telah bermula tahun ini dan sekarang di peringkat pertengahan. Kita menjangkakan ia siap pada Disember 2026, diharapkan dapat disiapkan sebelum RTS siap.
"Jejantas itu menawarkan laluan yang lancar, selamat dan mudah kepada penumpang antara stesen dan pusat beli-belah selain kawasan sekitar Ibrahim International Business District (IIBD) termasuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI)," katanya pada majlis pemeteraian MoU itu di sini, pada Isnin.
Hadir sama ialah Pengerusi Damansara REIT Managers Sdn Bhd (DRMSB), Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid.
Al-Salam REIT adalah sebuah amanah pelaburan hartanah tersenarai milik majoriti Johor Corporation (JCorp), yang diuruskan oleh DRMSB.
Mohamad Fazli berharap usaha itu bukan sahaja memberi impak kepada pejalan kaki malah juga merancakkan semula potensi pendapatan Komtar JBCC dan kawasan sekitarnya.
Terdahulu, MoU itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif AmanahRaya Trustees Bhd yang juga Pemegang Amanah Al-Salam REIT, Zainudin Suhaimi dan Pengarah Projek RTS Link, MRT Corp Zulkifli Mohamed dengan disaksikan oleh Mohamad Fazli.
Sementara itu, semasa menyampaikan ucapan aluan, Mohd Redza berkata pembukaan Stesen RTS Link pada 2027 akan meningkatkan kebolehsampaian Komtar JBCC sekali gus melonjakkan ketibaan pengunjung malah kehadiran penumpang RTS Link dalam jumlah yang besar sahaja dijangka menggandakan jumlah pengunjung sebelum pandemik.
RTS Link adalah rangkaian tren ulang-alik sepanjang empat kilometer di antara Singapura di stesen Woodlands Utara dengan Malaysia di stesen Bukit Chagar di sini, yang dijangka boleh menampung sehingga 10,000 penumpang sejam.
"Usaha ini sudah pasti akan memberi manfaat besar, memandangkan trafik ketibaan pengunjung yang meningkat akan memacu pertumbuhan perniagaan dan mendorong kadar sewa menjadi lebih tinggi. Kami menyasar untuk menggiatkan semula potensi keuntungan Komtar JBCC, membawa nafas baharu untuk operasi dan memanfaatkan potensi sebenarnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023
Mohamad Fazli (belakang dua, kanan) menyaksikan Majlis Pemeteraian MoU untuk pembangunan jejantas pejalan kaki antara Zainudin (depan, kiri) dan Zulkifli (depan, kanan) di Johor Bahru, 17 Julai. --fotoBERNAMA
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Al-Salam REIT, MRT Corp meterai MoU bina jejantas bernilai sehingga RM15 juta
Jejantas berhawa dingin sepanjang 42 meter menghubungkan Komtar JBCC dengan jambatan terancang stesen Sistem Transit Rapid (RTS) Link Bukit Chagar itu akan dibuka pada 2027.